Ni lah tempat yg cikT dan kawan2 pegi...tengok landskap kt luar cantik...kat dalam pun cantik...tapi.....hehehehe
Tak lama kemudian MommyG,Zizi n Una sampai...so kami lepak2 je la kat luar tuh...
Ni adalah Puan Syarifah Anissah,dia lah yg bagi talk kat kitorg..sangat energetic orangnya, banyak pengalaman dan suka share maklumat nga kitorg...besshhhh....
kat sini jugak cikt nk share sedikit sebanyak apa yg cikT dapat semalam. Antaranya ialah :
TOKSIN ADALAH SIKAP POSITIF
JAUHILAH KUMAN2 NEGATIF
PERCAYA PADA HUKUM KARMA..WHAT U GIVE,U GET BACK > tertarik dengan satu video yg di tunjukkan oleh Puan Anis > Life Vest..sila search dlm You tube
Ni ada cerita yang cikT nk share :
Ada seekor keldai tua yg diberi nama Jack. satu hari Jack telah terjatuh ke dalam perigi buta yang sangat dalam...setelah pelbagai cara yg Jack lakukan untuk naik ke atas,tapi tidak berjaya..Akhirnya Tuannya telah menjumpai Jack kat dlm perigi tersebut..Tuannya telah berusaha sedaya upaya utk menyelamatkan Jack,masih jugak tidak berjaya..oleh kerana keldai itu sudah tua, Tuannya telah mengambil keputusan untuk menimbus keldai tersebut,lalu telah memanggil seme org kampung untuk membantunya memasukkan tanah,sampah sarap ke dalam perigi tersebut. Oleh kerana sikap Jack yang tidak menaruh syak wasangka pada Tuannya, Jack cuba utk memanjat semula ketika sampah sarap dibuang ke dalam perigi itu..akhirnya sampah sarap semakin tinggi dan Jack berjaya menyelamatkan diri... Kisah ini memberi mesej kepada kita, setiap apa yg kita lakukan jangan lah kita terlalu memikirkan perkara2 negatif sahaja, jika kita sentiasa berfikiran positif, setiap masalah yang timbul akan ada penyelesaiannya...seperti Jack yg tidak menyimpan rasa marah, kecewa terhadap tuannya....jadi kita perlu sentiasa bersikap POSITIF!
Ini adalah sebahagian daripada peserta..tekun mendengar ceramah...walaupun dalam keadaan panas...huhu..aircond x berfungsi.....
Ada satu lagi kisah yg cikT nak share : kisah si Ketam
Seorang apek menjual ketam yang mempunyai 3 bakul ketam. satu bakul ketam tu terbuka luas,satu bakul ketam tu terbuka sikit jer dan satu ketam tu tertutup rapat.mewakili 3 bakul tu, yang mana satu yg org melayu punya?yang mana satu india punya? dan yg mana satu cina punya?ermmm..pikir dulu...nti cikT bagi jawapan.
Una, MommyG,CikT,Kak Mazura> kami dari KKTM Rembau...hehehe
Haaaaaa...dah penat dengar ceramah, kita jamu selera plak...seme makanan kat sini sedap2..makan buffet..so ambik je apa nk makan kalau larat!!hahaha....
Pas makan nasik, makan dessert plak...sungguh menyelerakan..tapi takat mana je la cikT leh makan...makan sikit pun dh kenyang...hehehe
Errmmm....ada lagi yg cikT nk kongsi kat sini...warna memainkan peranan penting dalam menentukan emosi kita...Puan Anis berkongsi peranan warna dalam kehidupan kita seharian .so lepas ni bleh la kita seme praktikkan yer...
Isnin : pakai baju warna putih..untuk attract seseorg kpd kita
Selasa : pink
Rabu : biru
Khamis : merah
Jumaat : Hijau
Sabtu : Oren
Ahad : Hitam
biasanya org yg suka pakai baju warna2 terang ni, diorg suka menarik perhatian org lain untuk melihatnya <attention seeker> huahuahua....
bagi sesiapa yg sedang berdiet pulak.......boleh cat dinding ruang makan, guna pinggan mangkuk yang berwarna HIJAU !!!sebab....boleh membuatkan seseorg tu kurang selera makan..Selamat mencuba yer cikT....
Jawapan kisah si Ketam :
Tertutup rapat mewakili org cina > supaya ketam tu xkan keluar walaupun seekor.mereka bersatu hati, saling menjaga di antara satu sama lain. mereka xkan membiarkan kaum mereka susah sorang2, yang berada di atas akan sama2 bantu naikkan yg di bawah...
Terbuka sedikit mewakili orang India > seekor ketam tu akan terlepas yang menggambarkan org India yg akan melepaskan seorang sahaja untuk menjadi wakil kepada yg lain..
Terbuka luas mewakili org Melayu > walaupun banyak ketam yg boleh keluar,tapi sentiasa akan di tarik ke bawah semula. ini menggambarkan org Melayu yang tidak senang duduk bila melihat kejayaan org lain dan dalam masa yg sama, seseorg itu berjaya naik ke atas akan cuba di jatuhkan semula kerana adanya sifat hasad dengki.
SO, BERJANJILAH PADA DIRI SENDIRI UNTUK BERUBAH!!!!INSYAALLAH..